Thursday, February 27, 2014

Stop Kutuk Mengutuk,Please



First time dapat kertas Add Math,dah hancur punah harapan aku ni.Ingat kan nak target lulus periksa first ni tapi disebabkan soalan dia yang power2,aku just nak target failed jalah.Tak berharap sangat pun nak dapat A.Lagipun,aku dah x larat nak kisah dahlah.Biarlah,Past is the Past.

Masalah yang tak pernah diundang dan dijemput akan timbul juga kat seseorang.Amboi, macam diundang ke kenduri pulak tu!Time2 ni pulaklah yang aku lapar nasi kenduri.Tak pa tunggu sat perut,kau akan dipenuhi dengan sepenuhnya hari sabtu ni.Yahoo,aku syok giler sebab aku dapat pi jalan2 sat sebab hari cuti tahun baru China tu aku x pi mana pun.Second,abang aku balik.Aku syok sebab mak aku cakap abang aku ni tanya pasal aku.Mungkin rindu kat adik dia sorang ni kot yang cantik lagi comel.Puihhhh....Geli aku dengar aih.Biarlah aku nak puji diri aku sebab aku suka dengan diri ni dah dan aku rasa aku x perlu nak dibandingkan dengan orang lain.Jadilah Just The Way You Are.

Banyaknya aku nak cerita hari ni.Tapi nak straight to the point,aku nak cakap pasal sikap orang yang selalu merendahkan semangat orang lain.Aku pun x suka dengan perangai mereka ni sebab selalu sangat memalukan orang sedangkan diri mereka pun x sempurna.Apa yang kita cakap x semestinya betul dan adil bagi seseorang tu.Sebenarnya mereka ni tak minta pun nak dijadikan benda yang menjadi bahan lawak dan mereka ni pun ada keinginan yang baik juga.Kadang-kadang mungkin kita tersakitkan hati orang walaupun kita sebenarnya x ada niat pun nak sakitkan hati dia.Niat sebenarnya nak melawak tapi kita x tahu hati dia sama ada boleh terima atau pun x.Memanglah dia kawan kita yang rapat,tapi dia pun ada perasaan jugak.

Tulah jangan buat dia sampai nangis macam baby tu boleh tak.Tapi baby tu comel.






For your information,you will break heart of someone and someone else will berak your heart too.Haa....hehehe silaplah pulak.'break'.Cubalah rasa sendiri apa yang dicakapkan kat seseorang tadi ,mesti pedihkan.Ok,sampai sini sajalah aku update.Nanti aku update lain.




Tuesday, February 25, 2014

FIRST LOVE VS TRUE LOVE

   


Hari ni aku nak update pasal first love dengan true love.
>Macam manalah kau boleh nak cerita pasal benda ni ,Ain.Gelilah aku.      
<Alah sekali sekala kita kenalah jiwang sikit.Jangan nak serious sangatlah.
>Tapi,kau tahu tak kau ni kena concentrate belajat tau tak.Minggu ni degan minggu depan minggu periksa.
<Aku tau.Aku saja ja nak rileks sat.Tension tau tak.
Eh,alamak ai sudahlah.Aku nak tulis ni.(Sebenarnya tengah cakap dengan diri sendiri)-GILA



FIRST LOVE       

Aku rasalah semua orang ada first love.Ada orang ingat tapi ada orang yang x perasan pun pasal tu.First love akan muncul dalam diri seseorang apabila dia mula-mula jatuh cinta.Aku pun pernah ada perasaan ni.Semua ni berlaku sejak aku darjah tiga.Pada mulanya aku x berminat nak kenal dengan dia tapi selepas peristiwa aku bagi tisu dekat dia,bermulalah satu perasaan yang aku sendiri x tahu.Waktu tu manalah aku tahu lagi sebab aku masih kanak-kanak ribena.Masa tu, aku x ada keinginan nak search kat google.Hari2 selepas kenal dan rapat dengan dia,aku makin suka dekat dia.Sampai ada suatu masa,aku angau dekat dia.Tapi kami dah lose contact dan aku x ingat wajah tapi aku ingat nama dia ja(tu pun satu perkataan).Apa-apa pun, aku still ingat kat dia sampai sekarang.

True Love 

Ni aku x taulah aku ada tak.Tapi buat masa ni mungkin belum ada calon kot.True love atau cinta sejati sangat istimewa kepada seseorang.Cinta sejati ni sangat diinginkan oleh seseorang kerana cinta ni amat memberi kesan yang mendalam kepada seseoorang.Cinta ni berkekalan lama sebab cinta ni memerlukan keikhlasan dan ketulusan hati seseorang.Apabila seseorang ikhlas,maka dia akan terima saja apa yang ada kat seseorang yang dia cintai itu.Kalau bergaduh pun,dia kan cari jalan penyelesaian kerana dia tak rela berpisah dengan orang tu.Memang susah bagi seseorang itu untuk mencari cinta sejati.Zaman sekarang,cukup susah cinta ni nak wujud,sebab orang sekarang x ikhlas dalam cintanya.Tapi aku ni pun orang sekarang.Takkan aku orang dahulu kot.Habis siapa pulak yang tulis entry post ni.P/S ni akulah,Ain.Jangan risau doakan aku penjang umur ya.Tapi aku ni bukan nak berlagaklah,cuma aku ni bukanlah orang yang tergolong dalam orang tadi.Dan aku harap aku x akan termasuk dalam list tersebut.(orang yang x ikhlas).

Kalau nak bandingkan kedua-dua cinta tu mana yang hebat,aku rasa dua-dua cinta adalah sama hebat dan dikurniakan daripada Allah.Cuma aku x puas hati ada orang yang begitu x suka dengan anugerah cinta ni.Bagi dia,lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Tetapi takkan Allah begitu kejam nak kurniakan benda buruk untuk umatnya.Everyone will get the best right?Semua yang buruk tu daripada kita sendirilah.
                                                                     

Friday, February 21, 2014

Perlukah nilai orang dari segi paras rupa

Aku x faham kenapalah orang akan selalu cakap yang kau ni buruklah wei.Aku pun pernah kena.

'Banyaknya JERAWAT hang kat dahi'                                                   
'Ain memang jenis parut JERAWAT yang lama nak hilang'        
'Hang picit jerawat ek'
'Tak pakai pencuci muka ka'
'Aku syorkan hang pakai bla,bla,bla'
'Hang ni comel ka'Pastu dok perhati muka aku lama-lama.
'Gemuk'
'Aku tengok kau ni makin lama makin hitamlah'

Terima kasih sangat ya kerana mereka ni dah sedarkan aku ni manusia biasa dan x perfect.Bukan aku nak sindir depa ni tapi aku hargai sangat kat hampa semua.

Tapi aku nak buat macam mana.Aku ni memang x nak ubah kuasa tuhan.Even aku dilahirkan x sempurna, tapi aku bersyukur sangat.Hampa semua ni dah  buat aku lebih matang sebab aku dah x larat nak kisah pasal kecantikan dan kesempurnaan.
Manusia ni pandai menilai sesuatu dan pandai mengambil keputusan.Cubalah tengok baby tu,kalau kita letak botol berwarna dengan botol tak berwarna,dia akan pilih yang berwarna.Memang itu menjadi fitrah manusia untuk suka kecantikan.

Kecantikan fizikal ni pun x kan kekal lamalah tapi lainlah kecantikan hati seseorang.Lagipun,kecantikan hati akan memaparkan kecantikan seseorang.



Thursday, February 20, 2014

PESANAN UNTUK ORANG SERIUS DALAM ENTRY POST YANG SERIUS



Aku x faham kenapa dalam dunia ni ada orang selalu serius dalam hidup dia.Tak pernahlah aku tengok dia ni ketawa atau senyum.Dia x rasa diri dia ni lawak atau dia mungkin menjadi bahan kutukan orang.Mungkin dia tak pernah sedar langsung atau kawan2 x pernah tegur kot.Aku nak bagitau yang sebenarnya orang serius ni,kalau dia buat lawak selalu x menjadi.Kadang2 lawak sebab lawak dia x menjadi bukan sebab lawak dia lawak.
Awak x layak nak masuk Maharaja Lawak.Bukan apa dalam dunia ni  mana ada peminat suka dengan suasana SERIUS dengan cerita SERIUS dengan orang SERIUS.TIPS untuk orang SERIUS untuk hilangkan KESERIUSAN mereka.

#1
Tolong lebarkan dan ikhlaskan senyuman boleh x.Bukan apa,aku dok nampak orang SERIUS ni selalunya senyum x ikhlas.FYI,orang x suka dengan sikap tu sebab mereka rasa anda ni seorang yang sombong.Tengok baby yang kecil tahu senyum.

#2
Lupakan tentang sesuatu dan jangan concentrate sangatlah.Tetapi jangan terlalu berkhayal.

#3
Sentiasa fikir tentang orang lain.Macam mana mereka ni boleh senyum dan ketawa.Dalam masa yang sama,ubahlah diri anda secara perlahan.

#4
Pergi cari benda yang dapat mengembalikan mood baik.Contohnya,dengar lagu ka atau pergi tengok drama cerita korea ka.


 #5
Tengok cerita2 lawak.Kat internet kan banyak.Search ja kat encik google .






Aku harap orang SERIUS DAPAT bertukar jadi orang yang bahagia dalam hidupnya.Bertukarlah macam Power Rangers dan Ultraman.









Sunday, February 9, 2014

Perbezaan antara suka,sayang dan cinta

Huyoooo,lama gila kot x update.Bila aku buka ja blog dashboardku,tetiba ada something yang kacau fikiranku.Apa?Post aku bulan Disember hanya ada satu ja.Kawan aku pun tegur aku dah x update.Hanya 1 Disember ja aku update..Malasnya aku ni.Memang aku malas.Semenjak dua menjak ni,rumh aku ni macam jungle kat Afrika pulak.Apa ni anak dara saja tapi malas.Ala kita ni mesti rileks la.
 
Hari ni aku nak highlight sikit pasal suka dengan cinta.Dua-dua benda tu sebenarnya langsung x sama.
 Ada perbezaannya:
Seseorang ni dia tak tau sama ada dia suka kat seseorang.Mungkin ni boleh bantu dia .

1.Suka kat seseorang ni x ada sebab khusus.tapi cinta ada sebabnya.
contohnya dia ni ada kawan dan kawan dia ni baik giler,selalu say hai kat dia,bagi hadiah kat dia.Dia ni pun suka kat dia tetapi belum tentu dia sudah jatuh cinta dengan dia.Slamber je waktu cakap dengan dia.

2 Sayang
Kita sayang gilerrr dengan dia, sampai x sanggup nak dengar orng kutuk pasal dia.Malah akan back up dia.Kita berani cakap kat dia yang kita sayang kat dia.

3.Cinta
Bermula setelah ada suka dan sayang.Mula-mula suka dengan muka atau perangai dia.Suka cara dia senyum,ketawa,buat lawak,anggun, semakin lama semakin selesa dengan dia.Pada saat itulah,perasaaan cinta mula berputik.Apabila kita sudah jatuh cinta,muka kita x boleh tahan malu bila duduk depan dia atau duduk x senyap(x tentu arah).Jantung akan berdebar-debar bila bertemu.

Orang selalu tanya pendapat aku  perlukah bagitau kat dia yang kita cinta akan dia.Tu bergantung kepada tahap keberanian seseorang.Kalau dia berani nak terus terang dan nak ambil risiko,cakaplah.Tpi jangan cakap dalam keadaan yang tergetar2 dan mengambil masa yang lama kerana diri sendiri yang akan malu dan kalau kita nak luah kat perempuan,seriously. dia tak suka menunggu!

Tapi jika betul kita mencintai dia tak perlulah diungkapkan,juz jadi kwan baik pun dah cukup.Lagipun bukan semua yang kita inginkan,kita akan dapat.Tapi apa2 pun,juz rilek la,Bukankah setiap orang sudah ditentukan ajal,jodoh dan pertemuan?