Thursday, May 15, 2014

Boleh Percaya ke tak?

Aku rasa  perempuan ni jenis senang nak makan rayu termasuk akulah tu.Aku tak tau nak cakap apa kalau seseorang tu sedang menanti seseorang biarpun dia tak pernah pasti cintanya dibalas.Aku bukanlah nak salah sesiapa tapi aku cuma nak kongsi pengalaman.Aku ni sudah rasa pahit dan pedih hati ni dalam percintaan tapi taklah seteruk mana pun.Cuma sikit dan tahap ciput ja pengalaman tu.

Okay,situasi ni macam mana ada seorang lelaki ni hantar sms kat kita kata dia nak kawan dengan kita.
-nak kawan boleh,berkenalanlah dengan dia
-sembang-sembang
-kongsi cerita masing-masing,masalah

tapi hubungan mereka ni semakin rapat sampai perempuan ni pernah tersuka,terjatuh,tercinta,terminat.
Selalunya perempuan akan minat seseorang dengan cepat.Walaupun tak semua perempuan macam tu,tapi ada jugak yang lambat nak rasa,mungkin dia tengah loading kot.
Then,lelaki ni minta nak couple......Apa jadi kat perempuan ni.......semakin sukalah kat lelaki tu.Terus terima and hari-hari yang dilalui sangat indah.Bangun tidur,ada orang ucap good moorning,tengah hari,you makan ke belum dan malam,good night and have a nice dream.Seronok kan.

Tiba-tiba tiga bulan telah berlalu ......
tiada berita pun dari lelaki itu.Perempuan tersebut mula merindui kekasihnya.Dia menghantar macam-macam mesej dan meniliti mesej terdahulu dengan kekasihnya.Tetapi,masih tiada respon dari lelaki tersebut.Semakin risau dan bertambah rindu perempuan itu kepadanya.

Setahun kemudian,
Perempuan tersebut pergi membeli belah dengan kawan-kawan.Dan dia ternampak lelaki yang familiar sedang berjalan dan berpegang tangan dengan perempuan lain.Perempuan tu cuba untuk melihat dengan lebih dekat untuk mendapatkan kepastian.Rupa-rupanya,betullah kekasihnya.

Bagai kaca yang menghempas lantai.aku tak pasti betul ke tak peribahsa tu.perempuan terus minta break dari lelaki tersebut.Lelaki itu dengan senangnya mahu melepaskan perempuan tersebut.Ikrar janji taat setia telah dinodai dan perempuan beredar dengan hatinya yang patah seribu.

Beberapa hari selepas itu,
lelaki tersebut cuba untuk mendapatkannya kembali.Dia menggunakan pujuk rayu untuk mencairkan hati perempuan itu.Sejambak bunga hadir di hadapan rumah perempuan tersebut setiap pagi.Perempuan mula untuk memaafkan lelaki tersebut dan mereka kembali menjadi pasangan kekasih seperti dahulu.

Dan lelaki tersebut melakukan perkara yang sama kepada perempuan itu.Alangkah sedihnya menjadi mangsa permainan hati.Hati perempuan tersebut luka berkali-kali menyebabkan dia fobia untuk percaya dengan lelaki.


Natijahnya,kawan hawa please jangan bagi 100% kepercayaan kepada kaum adam sangat-sangat.Mungkin ada yang sangat  setia tapi mugkin ada yang mengambil kesempatan terhadap anda.Luka berkali-kali adalah luka yang paling parah untuk hati dan sangat susah untuk mengubatinya.Anda harus percaya Love is Come And Bye.Maknanya,sangat susah nak cari cinta sejati.Jika anda baru putus,cuba fikir kenapa Allah tunjukkan dekat anda tentang perangai bekas kekasih anda awal-awal,sebelum anda berkahwin dengannya.Allah sayangkan anda lebih daripada lelaki 'itu' menyayangi anda.Jadi kena kuat dalam hidup.