Pabila malam aku selalu mengimpikan dia sebagai hero dalam setiap mimpiku. Sememangnya perit untuk melihat dia bersama-sama kawan baikku sendiri.Terus terang aku katakan aku mahu dia tahu inilah wanita yang setia mencintai dalam diam tapi apa boleh buat.Aku lebih sayangkan kawan baikku dan aku tak nak disebabkan perasaan aku ni,mematahkan hatinya dan memusnahkan persahabatan kami.
Dia seorang yang sangat baik dengan aku....Baik sebagai kawan sahaja.Aku tahu aku tak boleh mengharapkan balasan perasaanku ni.Tak adillah dalam hukum cinta kalau seseorang itu perlu membalas perasaan suka pemilik rasa suka itu....Tapi kenapalah hatiku meronta-ronta pada saat yang tidak tepat ni...Aku faham cinta itu fitrah manusia tapi melayan perasaan cinta bukan fitrah namanya..Aku anggap ini sebagai satu ujian untuk aku supaya aku lebih dekat-Nya,kekasih yang abadi daripada aku memikirkan tentang lelaki yang belum tentu menjadi imam aku..
Aku selalu mendoakanmu agar kau bahagia di sisinya walaupun perit untuk aku terima.
*Cerita ini cuma REKAAN semata-mata.....Tak ada kena mengena pun dengan aku..lagi satu ni bukan ayat copy paste....ilham yang dikurniakan Allah SWT.
